Thursday 29 September 2011

medical card prudential bsn takaful

Semua orang bercerita tentang Medical Card, tapi tahukah anda apa manfaat daripada PruBSN Medical Card?

Secara ringkasnya PruBSN Medical Card adalah manfaat perubatan untuk meringankan beban kos perubatan.

Tapi apakah yang kriteria yang mendapat perlindungan dan apa yang dikecualikan ? Mari saya jelaskan di bawah.

PruBSN Medical Card memberi manfaat untuk

Bilik & Penginapan Hospital Harian
Unit Rawatan Rapi (ICU)
Pembedahan
Perkhidmatan Dalam Hospital dan Yang Berkaitan
Rawatan sebelum Dimasukkan hospital
Rawatan selepas dikeluarkan dari hospital
Penjagaan jururawar di rumah
Pembedahan balik hari
Rawatan penyakit barah
Dialisis buah pinggang
Rawatan kecemasan untuk kecedaraan akibat kemalangan
Apa yang dikecualikan?

Kecederaaan yang disengajakan , waras atau tidak.
Kecederaan sebab peperangan, rusuhan, permusuhan, perang saudara, pemberontakan, revolusi, militari, pergaduhan awam
Berpunca dari kehamilan, kelahiran, keguguran atau pengguguran (Boleh dimasukkan dengan menambah Pelan Takaful Puteri Plus)
Pembedahan kosmetik atau plastik (kecuali diperlukan akibat kemalangan atau penyakit)
Pendermaan organ
Pertukaran jantina
Pemeriksaan medikal
Pemeriksaan X Ray
Rawatan mengurangkan berat badan
Rawatan AIDS /HIV or jangkitan seksual
Caj telekomunikasi, sewa televisyen, penggunaan mini bar
Penyakit mental
Rawatan alkohol dan dadah
Ketidaksuburan, kemandulan, kecacatan kelahiran
Berkhatan
Kecederaan dari sukan professional
Kecedaraan dari aktiviti sukan udara
Kecedaraan dari  cubaan melanggar undang undang (merompak)
Terdapat penyakit penyakit tertentu yang akan dilindugi di bawah PruBSN Medical Card hanya selepas 120 hari menerima polisi

Penyakit penyakit tertentu tersebut adalah :

Batu karang di dalam sistem kencing dan hempedu
Hipertensi atau penyakit kadiovaskular (serangan jantung dikecualikan)
Diabetes mellitus
Semua ketumbuhan, sista, polip atau barah
Pembenahan sinus, septum hidung atau tonsil
Hernia, buasir atau fistula
Endometriosis atau disfungsi pendarahan uterin
Penyakit penyakit tertentu adalah penyakit biasa yang dihidapi oleh rakyat Malaysia. Tetapi mereka masih tidak mendapatkan  PruBSN Medical Card kerana syarikat tempat bekerja telah dilindungi mereka untuk semua di atas.

Memang betul tapi baca kisah benar yang berlaku kepada ayah saya sendiri,

Kisah Benar

Kisah ini berlaku sebelum saya menyertai Prudential. Ayah saya tidak mempunyai PruBSN Medical Card kerana beranggapan syarikat akan melindungi semua kos perubatan.

Ayah saya mendapat penyakit Batu Karang,  pembedahan perlu dilakukan. Kos RM15k di tanggung sepenuhnya oleh syarikat. Pembedahan itu dibuat di Hospital Swasta.

Batu karang tidak sembuh begitu sahaja, pembedahan kedua diperlukan. Ayah saya memohon di syarikat untuk pembedahan kali kedua tetapi di tolak kerana, telah lebih had tahunan. Tetapi pembedahan kedua ini adalah yang paling kritikal.

Disebabkan kewangan adalah masalah utama, Ayah hanya terpaksa melakukan pembedahan di Hospital Kerajaan,  tetapi pembedahan terpaksa ditangguhkan kerana ramai lagi yang telah lama booking untuk pembedahan batu karang. Tetapi pembedahan Ayah yang tidak boleh ditangguhkan kerana ia akan memudaratkan. Permohonan dibuat semula kepada syarikat tetapi tetapi ditolak.

Tiada cara lain, Ayah saya terpaksa menunggu lebih 4 bulan untuk pembedahan kali kedua di Hospital Kerajaan. Sepatutnya sebulan selepas pembedahan pertama, pembedahan kedua harus dilakukan. Ayah saya menanggung kesakitan lebih 4 bulan kerana tidak dibedah. Sedih saya melihat Ayah saya.

.

Alhamdullilah , semuanya selamat sekarang tetapi sakit yang ditanggung oleh Ayah menyedihkan hati saya.  Sekarang adalah terlewat untuk ayah saya mendapatkan PruBSN Medical Card untuk dapat perlindungan Batu Karang. Batu Karang dikecualikan dari perlindungan ayah saya.

Oleh itu, jika syarikat anda menjanjikankan Medical Cover kepada anda, pastikan anda tahu apa yang anda dapat dan berapa limit setahun untuk kos perubatan yang dilinduing kepada anda.

Jangan sampai di waktu memerlukan, semuanya telah terlewat. Penyakit penyakit tertentu, adalah sebab utama kita harus mengambil insurans ketika muda dan sihat,  jika sudah menghidap penyakit 100% anda tidak dilindungi.